السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat Datang

“Saadah Alawiyyin” adalah sebutan bagi kaum atau sekelompok orang memiliki nasab jalur laki-laki kepada Alawi bin ‘Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir bin Isa ar-Rumi bin Muhammad an-Naqib bin Ali al-‘Uraidhi bin Ja’far ash-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal Abidin bin Husain putra ‘Ali bin Abi Thalib dan Fatimah binti Muhammad.

HUBUNGI KAMI HARI INI

Emel : admin@saadahalawiyyin.org.my

Kalender Muslimin

Kalender Muslimah

MAJLIS TA’LIM

Muslimin & Muslimat

“Saadah Alawiyyin” adalah sebutan bagi kaum atau sekelompok orang memiliki nasab jalur laki-laki kepada Alawi bin ‘Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir bin Isa ar-Rumi bin Muhammad an-Naqib bin Ali al-‘Uraidhi bin Ja’far ash-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal Abidin bin Husain putra ‘Ali bin Abi Thalib dan Fatimah binti Muhammad.

Awal terbentuknya kelompok keluarga ialah dari Imam Ahmad bin ‘Isa al-Muhajir, yang berangkat meninggalkan Basra di Iraq bersama keluarga dan pengikut-pengikutnya pada tahun 317H/929M untuk berhijrah ke Hadramaut di Yaman Selatan.

TENTANG KAMI

ASAL USUL

Cucu Imam Ahmad yang bernama ‘Alawi, merupakan orang pertama yang dilahirkan di Hadramaut. Oleh karena itu, anak-cucu ‘Alawi digelari dengan sebutan “Ba ‘Alawi”, yang bermakna Bani ‘Alawi (keturunan Alawi). Panggilan Ba ‘Alawi juga bertujuan menandai kumpulan keluarga ini dari cabang-cabang keluarga lain dari keturunan Nabi Muhammad SAW.

Seorang Ba ‘Alawi di masyarakat sering kali dipanggil dengan sebutan “Syed” atau “Habib” untuk laki-laki, dan “Sharifah” atau “Hababah” untuk perempuan.

Mereka juga dikenali melalui Qabilah (jalur keluarga) mereka seperti “Al-Attas”, “Al-Hadad”, “Al-Habshi” dan sebagainya. 

PERKHIDMATAN

Perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh disediakan di website ini adalah merangkumi

Ekonomi

Ada beberapa persatuan atau pertubuhan yang ditubuhkan khas untuk menaik taraf pendapatan ahli keluarga besar Saadah Alawiyyin dengan menyediakan lokasi-lokasi fizikal atau online untuk menjalankan atau memaparkan barangan jualan bagi ahli-ahli mereka terutamanya yang dari keluarga besar Saadah Alawiyyin.

Terdapat juga banyak jenis perniagaan dan perkhidmatan dan yang disediakan oleh keluarga besar Saaadah Alawiyyin di mana sesiapa yang memerlukannya boleh menuju kepada website ini untuk mendapatkan maklumat perniagaan dan perkhidmatan yang diberi. Antara perkhidmatan yang diberi adalah perniagaan online, perniagaan barangan runcit, restoran, undang-undang dan kedoktoran.

Sila hubungi admin@saadahalawiyyin.org.my atau WhatsApp +60163406160 untuk mendapat informasi lokasi-lokasi tersebut.

Kebajikan

Ada beberapa persatuan atau pertubuhan berasakan Saadah Alawiyyin yang mempunyai antara matlamatnya untuk membantu ahli keluarga besar Saadah Alawiyyin yang memerlukan bantuan.

Sila hubungi admin@saadahalawiyyin.org.my atau WhatsApp +60163406160 jika anda memerlukan bantuan. Sila beri maklumat diri dan permasalah yang dihadapi dan apa bantuan yang diperlukan.

Pendidikan

Isu pendidikan boleh dilihat dari pendidikan formal dan tidak formal. 

Bagi pendidikan formal, bertujuan untuk membantu memajukan tahap hidup keluarga besar, ada beberapa persatuan dan pertubuhan yang menjalankan pusat-pusat pengajaran dari pra-sekolah ke lepasan sekolah.

Ada juga yang boleh anda atau anak-anak anda rujuk untuk mendapat bantuan kewangan untuk membolehkan anda atau anak-anak anda untuk melanjutkan pelajaran atau jika anda memerlukan bantuan dengan kos pembelanjaran

Dari segi pendidikan tidak formal, banyak majlis-majlis taklim yang dijalankan di seluruh negara untuk semua ikuti dan hadiri. Sihat lihat jadual di atas untuk tarikh-tarikh program-program yang dijalankan. Dari majlis-majlis Maulid ke kelas-kelas berkitab….Ahlan Wasahlan

Sila hubungi admin@saadahalawiyyin.org.my atau WhatsApp +60163406160 untuk maklumat lanjut atau jika anda ingin menyebarkan berita mengenai majlis anda.

Silaturrahim atau Jodoh

Adanya antara kami yang menjalankan program-program silaturrahim dan suaikenal yang berasaskan adab-adab yang tidak melanggar akidah. Ianya diharapkan dapat membantu ahli keluarga besar Saadah Alawiyyin untuk mencari jodoh secara halal bagi dirinya atau untuk anak-anak mereka.

Sila hubungi admin@saadahalawiyyin.org.my atau WhatsApp +60163406160 untuk maklumat lanjut.

HUBUNGI KAMI HARI INI

Emel : admin@saadahalawiyyin.org.my